Searching...
22:01 0

Sebab UTAMA Topi Keledar MS88 DiHARAMKAN Dijawab JPJ

APA SALAH HELMET MS88??


Menerusi laman sosial FB rasmi jabatan pengangkutan jalan Malaysia,mereka menjawab persoalan yang timbul HANGAT sebelum ini tentang rasa keluh penunggang bahawa JPJ mengharamkan topi keledar MS88.rata-rata penunggang banyak menggunakan topi keledar jenis MS88.Namun ini penjelasan JPJ berkaitan isu ini.

Topi Keledar MS88 keluaran syarikat Kenwira adalah mematuhi MS1:2006 bagi topi keledar keselamatan motorsikal. Ianya secara automatik layak digunakan diatas jalanraya.

Mana-mana topi keledar yang mematuhi pensijilan UNECE R22 (ada E marking) atau MS1 (logo SIRIM) adalah layak digunakan diatas jalanraya. Bagi semakan senarai topi keledar yang diluluskan UNECE R22 yang masuk ke dalam negara boleh rujuk Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ atau layari DISINI, manakala bagi semakan syarikat yang mematuhi MS1 boleh rujuk web http://www.malaysiancertified.com.my/ProductSearch.aspx

Namun tidak dinafikan jika terdapat topi keledar jenama MS88 yang diciplak dan logo SIRIM ditiru. Jadi sebelum saman dikeluarkan, mungkin pihak berkuasa tersebut perlu menyemak nombor pensijilan MS1(pada sticker SIRIM) atau UN R22 (pada buckle strap) dan nama pengeluar/pengilang/jenama (selalunya bahagian dalam topi keledar).

Bagi MS1, gambar berikut adalah senarai terkini syarikat dan nombor kelulusan yang mematuhi pensijilan tersebut setakat 4 feb 2015 jam 10.00pg



0 comments:

Post a Comment