Searching...
19:51 1

"Awak Tulang RUSUK Saya Bergetar Gila-Gila Nie" - Kisah Cinta Islamik Yang..

Gambar Hiasan


Di hentian bas dalam universiti. Ada gadis tengah menunggu bas. Ada seorang jejaka bukan membernya sedang cuba mengurat.

Jejaka: "Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa, masuk neraka."

Gadis: "Kalau saya masuk neraka, awak berani tak ikut sama?"

Jejaka: "Gulp! Subhanallah cantiknya awak ni."

Gadis: "Lepas solat tak zikir pula, 'Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar', terus cabut doa pun tidak, bagi alasan bid'ah doa berjemaah.

Tapi tapi tapi!

Berani pula sebut Allah mengurat wanita dan puji gambar wanita. Ibarat nak hisap rokok baca bismillah dulu."

Jejaka: "Gulp gulp! Cantik pakaian awak ni, dari tudung sampai ke kasut matching. Pandai awak bergaya."

Gadis: "Ustaz kata, lelaki beriman itu jaga pandangan. Bukan memandang atas sampai ke bawah bertubi-tubi."

Jejaka: "Gulp gulp gulp! Suara awak sedaplah."



Gadis: "Wahahahahhahahahahahhahahahahhahahahah" ( mengilai macam org gila, kucing pun lari sambil menutup telinga, kura-kura sampai pinjam beskal dgn jiran utk speed up dari tempat kejadian )

Jejaka: "Gulp gulp gulp gulp (menakutkan betul awek ketawa camni)! Awak, jadikan malamku lebih indah, siangku lebih terang pls. Saya berkenanlah dengan awak."

Gadis: "Malam tahajjud. Siang baca Quran. Berkenalanlah dengan Allah di malam hari, bertaaruf (baca buku dan sirah Nabi) dengan Rasululllah di siang hari."

Jejaka:"Gulp 5x!" Awak ni kan menjawab! Menjawab! Tensyen saya!"

Gadis: "Sabar itu iman. Orang yang tewas di dunia ini adalah yang gagal menahan amarah."

Jejaka: "Gulp 6x! I love you!"

Gadis: "Andai lafaz cinta diluah semudah itu, pasti hati itu jua mudah beralih arah sepantas itu."

Jejaka: "Gulp 7x! Awak, tulang rusuk saya bergetar gila-gila ni."

Gadis: "Tanda azab kuburlah tu. Tulang rusuk bakal diapit sampai berselisih dalam tu."

Jejaka: "Gulp 8x! Oh kiranya awak nak cara yang islamiklah ni!"

Gadis: "La, baru terasa orang Islam ke? Tadi orang kapir ke org munafik?"

Jejaka: "Gulp 9x! Awak ni lancang betul mulut. Awak tahu tak, kalau awak terus menjawab macam ni, orang lain dah tampar or bawa lari awak kena rogol baru tau!"

Gadis: "Allah Maha Melihat apa yang anda lakukan. Segala kezaliman yang dilakukan hari ini demi nafsu, tak ada satu pun yang tidak akan dibalas kembali. Saya doakan orang yang menzalimi saya sedemikian rupa mati digilis lori."

Jejaka: "Gulp 10x! Ala, awak kalau betul Islamik, awak takkan layan saya mengurat."

Gadis: "Janganlah tersalah antara menjawab dan melayan. Jangan tertukar antara timun cina dan timun batang."

Jejaka: "Gulp 11x! Oklah, bagi saya no.telefon abah awak, saya nak masuk meminang."

Gadis: "Seorang yang matang, tidak akan membuat keputusan dengan terburu-buru hanya dengan berlandaskan penilaian rupa luaran seseorang semata-mata. Terburu-buru itu sifat syaitan yang dibenci Nabi s.a.w."

Jejaka: "Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena, ini tak kena! Saya nak awak, nak awak, nak awak gak!" ( menggelupur di lantai kaki lima macam nak sawan sebab terlalu stress )

Bas datang, gadis itu cepat-cepat naik bas. Membiarkan saja lelaki itu berbuih-buih mulut seorang diri terbaring di hentian bas. Gadis itu gelak sendiri, koh koh koh.

1 comments: