Searching...
06:00 0

Kisah SUAMI Penjual Air Kelapa Yang Pasti Buat Anda Tersenyum - WAJIB Baca!

Gambar hiasan

Seorang menantu ditemuramah mentuanya,

"Macam mana kamu boleh terima lelaki macam anak kami ni? Kamu tahu kan, dia tak hensem, badan dia tak tough, tak berapa tinggi, muka tak berapa nak cerah. Bukan belajar agama tinggi pun, asas saja. Cuba cerita."

Si menantu pandang kiri kanan. Pastikan suaminya tiada berdekatan. Okay, line clear.
Lalu dia pun bersuara,

"Suatu hari, anak ma dengan abah datang jumpa saya di luar tempat kerja. Dia kata dia tunggu saya.
Saya tanya dia dah lama ke tunggu? Dia kata dah dua jam tunggu. Sebab nervous, jadi dia datang awal-awal. Dia tunggu sampai habis waktu kerja, walaupun boleh saja dia text saya suruh keluar sekejap jumpa dia.

Lepas itu, dia cakap dekat saya,
"Saya suka dekat awak. Saya datang sini dengan motor cabuk saya tu saja. Kasut saya pakai ni pun kasut bundle saja beli tak sampai RM20 sepasang, dressing hari ini saya dah cuba pakai sekemas mungkin, takut-takut awak malu nak cakap dengan saya kalau saya serabai. Tambah-tambah, kawan-kawan awak nampak nanti.

Saya dapat rasa awak tercipta untuk saya. Saya lahir untuk jadi suami awak dan awak jadi isteri saya. Bunyi macam perasan poyo gila, tapi dah beberapa kali saya tanya Tuhan, dan hati saya cenderung kepada awak. Memang tak nampak kelibat awak dalam mimpi, memang tak nampak bayangan nyata awak sebagai petanda, tapi hati ini walaupun tak angau pun, hati ini pilih awak.

Saya kerja jual air kelapa saja. Sehari dapatlah untung RM50 kalau hari tak hujan. Enam hari kerja, off hari Jumaat saja. Pendapatan saya dalam RM1000 lebih sajalah. Bab agama, saya tak pandai sangat. Cuma, bila masuk waktu solat, saya berhenti berniaga sekejap dan pergi solat di surau.
Baiklah, itu saja pengakuan saya. Awak boleh tolak bila-bila masa saja."

Saya balik rumah dan berfikir. Masa tu saya ada boyfriend yang ada segalanya, tapi dia tak pula bersungguh untuk jadikan saya isteri dalam waktu terdekat. Akhirnya, saya tolak boyfriend saya dan pilih lelaki yang jual air kelapa tu.

Sebab apa? Sebab dia jujur, naif dan berterus-terang.
Tak hensem tak ada segalanya pun tak apa, tak dapat selfie then upload ke media sosial tunjuk suami hensem pun tak apa. Sebab, saya percaya, lelaki yang tak ada segalanya ini, Allah dah janji, setiap manusia yang berjaya masuk Syurga, akan transform jadi kacak dan jelita.

So, saya buat keputusan untuk hadap muka suami tak kacak ini dulu selama 60 tahun di dunia.
Dan bertekad hadap mukanya yang kacak selama-lamanya di Syurga."

Mentuanya tersenyum dengan jawapan menantunya.
Suaminya datang tercungap-cungap. Hulurkan air coconut shake aiskrim special untuk isteri dan kedua orang tuanya.

"Eh, kenapa semua senyum-senyum ni?"

SUMBER

0 comments:

Post a Comment