Gambar Hiasan |
Dalam bas universiti. Gadis berseorangan. Bas berhenti. Naik seorang jejaka. Baru dia perasan, jejaka tempoh hari yang cuba menguratnya. Aduh, dia ni lagi. Jejaka itu datang duduk di seat sebelah.
Jejaka: "Assalamualaikum."
Gadis: ".............." (jawab dalam hati sudah)
Jejaka: "Sombongnya dia."
Gadis: "Wanita yang baik, sanggup dilabel sombong pada ajnabi. Layan mesra pada suami. Lelaki
yang suka melabel wanita, tidak sesuai dijadikan suami."
Jejaka: "Gulp! Panjang jodoh kita kan? Asyik bertembung ni tanda jodoh kuat."
Gadis: "Saat ini, kita masih bernafas. Namun, adakah kita yakin kita sempat tarik nafas sekejap lagi? Bererti, magnet kematian itu lebih kuat dari magnet jodoh. Pertembungan dengan maut itu pasti, sedangkan jodoh rahsia Ilahi. Entah ada, entah tidak di dunia ini."
Jejaka: "Gulp gulp! Awak, jam pukul berapa? Saya tak pakai jam." (saja nak tengok tangan putih ke tak )
Gadis: "Pakcik driver! SEKARANG PUKUL BERAPA MAMAT NI TANYA?! KENA CAKAP KUAT-KUAT SIKIT DIA NI PEKAK!" ( suara macam petir, sampai jatuh mamat tu dari kerusi bas terkejut )
Jejaka: "Gulp gulp gulp! Awak, awak tahu tak, selepas mengenali awak, baru saya tahu apa itu erti cantik jelita. Sumpah!"
Gadis: "Selepas saya mengenali awak, baru saya tahu dengan jelas erti meluat, miang, poyo, menyampah dan gatal. Sumpah!"
Jejaka: "Gulp 4x! Awak, saya dah fikir betul-betul ni. Saya nampak masa depan saya dengan awak. Betul ni!" ( buat mata kuyu, muka manja )
Gadis: "Masa depan saya terasa gelap seandainya suami saya hilang malunya sebelum bernikah lagi. Saya tak dapat bayangkan hidup dengan lelaki yang tak respek wanita. Nabi s.a.w. kata, kalau dah tak ada malu, buatlah semahumu. Betul ni!"
Jejaka: "Gulp 5x! Ya lah, ya lah. Awak nak yang islamik-islamik kan? Saya sedar diri saya siapa. Bukan lelaki baik. Jauh sekali beriman. Solat pun tinggal-tinggal."
Gadis: "Lelaki tak solat, abah suruh rejek total. Abah cakap abah tak suka penipu poyo acah-acah islamik. Cakap ana-ana, enta-enti, wek wek wek wek nak muntah. Macam cempedak bau sedap, tapi isi berulat."
Jejaka: "Gulp 6x! (menyesal aku tersalah ayat tadi) Awak, berilah saya peluang. Please."
Gadis: "Allah bagi peluang sampai matahari terbit dari barat untuk bertaubat dan jadi lelaki beriman. Please sadar."
Jejaka: "Gulp 7x! Awak satu-satunya perempuan yang berani tolak cinta saya secara terang-terangan walaupun bermacam cara saya lakukan untuk merebut hati awak."
Gadis: "Izinkan saya buat solat hajat berjemaah tolak bala mintak jauh dengan apa cara sekalipun, supaya dijauhkan hati dan diri dari lelaki yang macam seat sebelah ni."
Jejaka: "Gulp 8x! Awak, saya betul-betul dah jatuh cinta dengan awak ni. Awak memang cantik sejak kecil kan? Mesti awak mix abah awak yang hensem dengan mak yang cantik kan, sebab itu anak cun melecun. Kan kan kan?"
Gadis: " ( masukkan jari dalam hidung. korek korek korek ). Cantiknya tahi hidung ni, kan kan kan?" ( sambil tunjukkan ke muka mamat tu. mamat tu sampai pindah seat terkesima )
Jejaka: "Gulp 9x! Awak, sejak hari pertama tengok awak, saya rindukan awak. Siang malam ingat awak."
Gadis: "Allah ciptakan rindu, supaya manusia rindu pada-Nya dulu siang dan malam. Kemudian, Dialah yang pantulkan rasa rindu itu pula ke dalam hati-hati manusia. Seorang lelaki yang merindu Tuhannya, akan ditemukan dengan wanita yang merindu Tuhannya. Jika bukan Allah dan Rasul tempat utama merindu, tentulah rindu itu dipandu nafsu. Saya tak nak rindu yang berbaur nafsu. Lelaki yang merindu wanita terlebih dulu dengan mengetepikan rindu pada Penciptanya, layakkah rindu itu berbalas? Pastinya tidak, tidak dan tidak!"
Jejaka: "Gulp 10x! Awak ingat awak alim sangatlah tu! Solehah sangatlah tu! Dah tahu agama sikit, nak bahan orang, nak sindir orang!"
Gadis: "Hamba yang baik terimanya sebagai muhasabah, manakala manusia separa syaitan menerimanya sebagai sindiran dan sinisan."
Jejaka: "Gulp 11x! Arghhhhhhh! Awak memang dah melampau! Awak pun tak layak jadi isteri yang baik! Menjawab! Menjawab! ( muka tensen dah )"
Gadis: "Lelaki yang baran, maki dan ganas sebelum nikah pada perempuan, pasti panas baran pukul isteri setelah nikah. Better avoid this kind of man."
Jejaka: "Gulp 12x! Luv u still jannah!" ( melutut sambil tersengih-sengih tepi si gadis )
Gadis: "Hate u till Jahannam! MUAHAHAHAHAHA" ( Mengilai astaghfirullah macam pontianak )
Jejaka: "Gulp 13x! Sudah! Sudah! Saya tak dapat lupakan awak! Tak dapat! Tak dapat! ( menggaru-garu kepalanya sampai kusut masai rambut )"
Gadis: "Pelik, tak dapat lupakan saya, tapi dapat pula lupakan Allah dan Rasul. Tak solat, tak baca Al-Quran, tak belajar hadis. Tak ikut Allah dan Rasul. Peliknya. Peliknya. Peliknya."
Jejaka: "Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sajaaa! Tak nak dengar dah tazkiroh! Tak nak! Tak nak! Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini! Tulun tulun!( terlentang atas lantai bas sambil menggaru-garu rambut yang kusut masai. Mulut mula berbuih-buih. )"
Gadis: "Pakcik driver! ADA MAMAT KENA SAWAN GILABABI. TULUN! TULUN!"
Pakcik driver berhentikan bas, humbankan mamat yang menggelupur berbuih mulut keluar dari bas. Biarkan dia menggeletis di kaki lima terbelalak mata. Si gadis menekup mulut, gelak koh koh koh.
Pakcik driver: "Kesian. Muda-muda dah gila."
0 comments:
Post a Comment