Memanglah tak semua misi dapat puaskan hati orang ramai. Adalah juga misi yang kapchai, yang marah-marah tanpa alasan kukuh tu. Tapi segelintir saja.
Tak bolehlah sebab segelintir, awak nak rangkumkan semua misi tu keje sambil lewa, makan gaji buta. Mana boleh. Seorang je keluar hingus, awak nak kata semua misi tu hingusan manalah boleh.
Perlu awak tahu,
1. Kerja misi ni penat.
Kalau guru penat mengawal kenakalan pelajar, misi penat melayan dari hujung rambut sampai hujung kaki setiap pesakit. Dari jerawat berdarah awak di dahi, sampai sembayam awak di kaki. Semua mereka cover. Tak ke penat tu?
2. Misi gaji tak banyak.
Ada ke misi gaji sampai RM10 ribu nak bagi layanan first class macam pramugari atas kapal terbang? Lebih kurang gaji orang-orang biasa jugaklah. Dengan gaji normal, awak nak layanan istimewa, wow, abg bikai rasa awak dah salah tempat. Nak istimewa-istimewa, check-inlah hotel 5 bintang yang ada spa tu. Kalau awak nak layanan istimewa, yang boleh dengar bebelan awak, awak gaji saja misi private yang swasta punya. Yang tu boleh datang rumah tolong korekkan hidung awak pun boleh sebab tangan awak dah strok, tapi tolong bayar RM 20 ribu sebulan. Eh, kata nak layanan mantop, bayaran pun mustilah umphh. huhu
3. Orang sakit tu bukan saudara-mara misi. Tapi, saudara-mara awak.
Mungkin ahli keluarga awak, pakcik makcik awak. Jadi, siapa yang lebih afdal jaga? Orang yang ada pertalian darah ke atau para misi? Mak ayah awak cirit, siapa yang lebih diperlukan untuk basuh berak? Awak atau misi-misi? Mak ayah pun nak tangan anak dia, bukan tangan bukan mahram mereka. Mak ayah pun ada malu. Malu aurat mereka orang lain nampak. Awak sebagai anak tak malu ke? Awak je mungkin jenis tak tahu malu marah-marah misi sesuka hati.
4. Ramai orang sakit, melebihi misi.
Limpahan orang sakit. Ada yang kritikal, ada yang biasa-biasa. Ada yang datang nak mengurat saja pening kepala, ada yang datang spital nak dapatkan MC padahal tak sakit pun. Macam-macam ragam. Misi nak utamakan yang kritikal, yang biasa-biasa buat aduan pula tak dapat layanan. Bila misi pergi dekat yang biasa-biasa, yang kritikal pula buat aduan. Bila misi nak buat kerja dengan penuh etika, awak nak mengurat mintak no telipon pula. Bukan awaklah. Maybe suami awak. koh koh koh.
5. Sabar adalah kuncinya.
Memang bila Allah bagi kita ujian, mak ayah sakit, ahli keluarga sakit, Dia akan uji betul-betul. Ingat Allah uji ni main-main ke? Allah nak tengok sejauh mana awak boleh bawa sabar awak tu. Mak ayah sakit, dah nak meroyan marah-marah orang. Awak, spital bukan satu. Klinik swasta pun belambak. Hospital swasta pun belambak. Kalau spital yang awak pergi tu, awak tak puas hati, awak cari saja spital yang ngam dengan perasaan awak. Itu tak kena, ini tak kena, buatlah spital sendiri. Berubat tradisional. Kalau semua benda nak komplen dan tak sabar hadapi, baik awak makan ubat. Awak yang tak sihat sebenarnya.
Semua orang susah. Majoriti rakyat Malaysia orang miskin. Bukan awak saja yang merasai peritnya tade duit. Orang lain pun sama. Stress. Semua orang faham, kalau boleh, nak spital kerajaan, murah dan percuma.
Segelintir misi kapchai pun janganlah lepaskan tensi pada orang. Begitu juga orang yang bawa orang sakit, bertimbang rasalah.
Yang lebih penting, orang sakit tu. Ni kerana gajah-gajah yang tak cukup makan bergaduh, orang sakit yang jadi mangsa.
0 comments:
Post a Comment