Searching...
01:42 0

WAJIB Baca!! 7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

 

Kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar, Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan


Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”

Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.

>2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik


Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.

Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.

Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.

Penutup..

Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak dengan sempurna.
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.
Semoga bermanfaat, ikhlas dari warga tudung sicomel.. 

Sumber

06:46 0

Kasut Ayah Dah Berlubang - Kisah SEDIH Yang Pasti Mengalirkan Air Mata


Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya.

Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Anak: "Assalamualaikum..mari adik tlg letakkan kasut ayah di rak.." ( sambil tangan kecilnya memaut lembut tangan ayahnya..)

Ayah: "Wslm..terima kasih. Comel anak ayah ni. Mari duduk sebelah ayah. Ayah nak berikan sesuatu."

Anak kecil itu duduk bersimpuh sebelah ayahnya. Ternanti-nanti apakah yang hendak diberikan oleh ayahnya. Ditatap wajah ayahnya. Wajah tua yang berada di hujung usia - 60 an. Nampak garis-garis kedutan, dengan kesan peluh keringat membasahi tepi dahi ke leher ayahnya. Cengkung pipi ayahnya. Cepat-cepat si anak kecil itu lapkan peluh ayahnya dengan lengan baju yang dipakainya.
Ayah tersenyum selesa dengan reaksi anaknya.

Ayah: "Nah..ini untuk kamu. RM100. Hadiah kerana kamu berjaya khatam al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Ini ayah kumpul sepanjang bulan puasa ini. Ayah cuma mampu berikan sebanyak ini, namun ayah percaya Allah pasti berikan lebih banyak untuk kamu. Kenapa Allah bagi banyak? Satu, sebab kamu rajin. Dua, sebab kamu comel sangat. smile emoticon "

Anak kecil itu tidak menerima huluran wang ayahnya. Dia meminta izin masuk ke rumah sekejap untuk mengambil sesuatu. Kemudian datang tergesa-gesa menghadap ayahnya kembali dengan sesuatu di tangannya. Sepasang kasut.

Anak: "Ayah, ini untuk ayah. Selama 3 bulan saya kumpulkan sebahagian besar duit makan yang ayah berikan setiap hari. Ini je termampu saya belikan untuk ayah. Kasut ayah tadi dah berlubang dan koyak. Kaki ayah luka-luka. Tapak kaki ayah melecet-lecet. Terimalah ayah. Hadiah kecil dari saya."
Si ayah sebak. Menahan titisan air mata di kelopaknya.

Anak: "Ayah tak perlu berikan hadiah wang sebanyak itu. Wang itu simpanlah untuk kegunaan kita sekeluarga. Bagi saya, ayah adalah hadiah yang terbaik pernah saya ada. Ayah hadiah terbesar yang Allah bagi pada saya. Saya dah bersyukur. Adanya ayah."

Si kecil memeluk lembut tubuh ayahnya.
Si ayah tidak mampu lagi menahan air mata yg bertakung. Akhirnya menitis jua dari sepasang mata yang tua.
06:21 0

Kau bila nak kahwin?? - Soalan MAUT Buat Si Bujang


"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,
"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je. Redo je lah."

Pak imam menjelingku.
"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.
"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang disentalnya.
"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."
Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni lubang kecil di sudut kolah.
"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit basah terkena air.
"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah terlanjur beratus kali pun boleh.
Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.
"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.
"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa. Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan pada pasangan untuk terus berubah baik.
Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan. Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.
Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh. Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan. Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah telunjuknya.
Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain berseronok senang lenang dengan isteri solehah masing-masing, kau kena gigih bangun malam berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti kolah ini.
Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan. Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu, didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik' cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau. Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit. Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga kau letih sendiri.
Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah, heavenlah kau nanti.
Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Siapa tahu.
Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.
Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha penat lelah mendidik nanti, ada secebis penghargaan untuk yang bernama suami. Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan ku jawab balik pada diri sendiri,
"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang sepatutnya."

06:00 0

Kisah SUAMI Penjual Air Kelapa Yang Pasti Buat Anda Tersenyum - WAJIB Baca!

Gambar hiasan

Seorang menantu ditemuramah mentuanya,

"Macam mana kamu boleh terima lelaki macam anak kami ni? Kamu tahu kan, dia tak hensem, badan dia tak tough, tak berapa tinggi, muka tak berapa nak cerah. Bukan belajar agama tinggi pun, asas saja. Cuba cerita."

Si menantu pandang kiri kanan. Pastikan suaminya tiada berdekatan. Okay, line clear.
Lalu dia pun bersuara,

"Suatu hari, anak ma dengan abah datang jumpa saya di luar tempat kerja. Dia kata dia tunggu saya.
Saya tanya dia dah lama ke tunggu? Dia kata dah dua jam tunggu. Sebab nervous, jadi dia datang awal-awal. Dia tunggu sampai habis waktu kerja, walaupun boleh saja dia text saya suruh keluar sekejap jumpa dia.

Lepas itu, dia cakap dekat saya,
"Saya suka dekat awak. Saya datang sini dengan motor cabuk saya tu saja. Kasut saya pakai ni pun kasut bundle saja beli tak sampai RM20 sepasang, dressing hari ini saya dah cuba pakai sekemas mungkin, takut-takut awak malu nak cakap dengan saya kalau saya serabai. Tambah-tambah, kawan-kawan awak nampak nanti.

Saya dapat rasa awak tercipta untuk saya. Saya lahir untuk jadi suami awak dan awak jadi isteri saya. Bunyi macam perasan poyo gila, tapi dah beberapa kali saya tanya Tuhan, dan hati saya cenderung kepada awak. Memang tak nampak kelibat awak dalam mimpi, memang tak nampak bayangan nyata awak sebagai petanda, tapi hati ini walaupun tak angau pun, hati ini pilih awak.

Saya kerja jual air kelapa saja. Sehari dapatlah untung RM50 kalau hari tak hujan. Enam hari kerja, off hari Jumaat saja. Pendapatan saya dalam RM1000 lebih sajalah. Bab agama, saya tak pandai sangat. Cuma, bila masuk waktu solat, saya berhenti berniaga sekejap dan pergi solat di surau.
Baiklah, itu saja pengakuan saya. Awak boleh tolak bila-bila masa saja."

Saya balik rumah dan berfikir. Masa tu saya ada boyfriend yang ada segalanya, tapi dia tak pula bersungguh untuk jadikan saya isteri dalam waktu terdekat. Akhirnya, saya tolak boyfriend saya dan pilih lelaki yang jual air kelapa tu.

Sebab apa? Sebab dia jujur, naif dan berterus-terang.
Tak hensem tak ada segalanya pun tak apa, tak dapat selfie then upload ke media sosial tunjuk suami hensem pun tak apa. Sebab, saya percaya, lelaki yang tak ada segalanya ini, Allah dah janji, setiap manusia yang berjaya masuk Syurga, akan transform jadi kacak dan jelita.

So, saya buat keputusan untuk hadap muka suami tak kacak ini dulu selama 60 tahun di dunia.
Dan bertekad hadap mukanya yang kacak selama-lamanya di Syurga."

Mentuanya tersenyum dengan jawapan menantunya.
Suaminya datang tercungap-cungap. Hulurkan air coconut shake aiskrim special untuk isteri dan kedua orang tuanya.

"Eh, kenapa semua senyum-senyum ni?"

SUMBER
05:40 0

Kisah SENTAP Penemuduga dan GADIS Yang...

Gambar Hiasan

Penemuduga: "Maaf, pihak kami tak boleh ambil anda bekerja di sini."

Gadis: "Dah kenapa? Qualification saya tinggi, pengalaman saya banyak, resume saya cantik. Saya pakai tudung, okay. Ni tadika saja kot. Takkanlah saya tak lepas?"

Penemuduga: "Benar. Tapi, syarikat kami ada polisi tersendiri terutamanya pakaian."

Gadis: "Nyatakan!"

Penemuduga: "(bersabar walaupun gadis naikkan suara) Kami tidak mengutamakan bangsa. Anda Melayu atau tidak, itu soal kedua. Yang penting, Muslim."

Gadis: "Eh, saya pakai tudung ni dah Muslimlah ni! Bongok ke apa awak ni?"

Penemuduga: "Tudung Muslim setahu kami, dilabuhkan tutup dada. Muslim juga menjaga bahagian pergelangan tangan hingga ke lengan supaya tidak terdedah. Begitu juga bahagian kaki, bersarung dengan baik. Manakala pakaian Muslim, potongan pakaiannya tidak melekap mengikut tekstur badan seseorang. Malahan, Muslim juga dinasihatkan tidak mencukur kening dan melukisnya kembali. Muslim juga tidaklah mengenakan make-up yang berlebihan.
Begitulah Muslim adanya.
Seandainya Muslim itu gagal menjaga penampilan dirinya, bagaimana beliau mampu menunjukkan contoh Muslim yang baik pula pada kanak-kanak di sini? Tahukah anda, kanak-kanak sifatnya 'tengok dan salin' (copy & paste)? Apa yang mereka lihat, mereka akan cuba tiru."

Gadis: "Cerewet gila! Macam nak jadi ustazahlah pulak! Saya bukan ajar agama! Hey, I came here today untuk jawatan guru Matematik dan Bahasa Inggeris. Apa kaitannya subjek tu dengan semua ni? Kita hidup dalam negara majmuk, bebas untuk bersuara. Demokrasi apa macam ni? Polisi sampah!"

Penemuduga: "Maafkan pihak kami di atas sebarang kesulitan. Apapun, sukalah pihak kami menyatakan, di pintu masuk bilik ini, telah kami sediakan sebuah cermin besar yang boleh nampak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Anda bolehlah menggunakan cermin itu. Terima kasih."

Gadis:" ...............................!!! "

SUMBER
03:35 0

Awek Dingorat Dalam Bas Universiti - Kisah Ayat2 Cinta Islamik Yang..

Gambar Hiasan

Dalam bas universiti. Gadis berseorangan. Bas berhenti. Naik seorang jejaka. Baru dia perasan, jejaka tempoh hari yang cuba menguratnya. Aduh, dia ni lagi. Jejaka itu datang duduk di seat sebelah.

Jejaka: "Assalamualaikum."

Gadis: ".............." (jawab dalam hati sudah)

Jejaka: "Sombongnya dia."

Gadis: "Wanita yang baik, sanggup dilabel sombong pada ajnabi. Layan mesra pada suami. Lelaki 
yang suka melabel wanita, tidak sesuai dijadikan suami."

Jejaka: "Gulp! Panjang jodoh kita kan? Asyik bertembung ni tanda jodoh kuat."

Gadis: "Saat ini, kita masih bernafas. Namun, adakah kita yakin kita sempat tarik nafas sekejap lagi? Bererti, magnet kematian itu lebih kuat dari magnet jodoh. Pertembungan dengan maut itu pasti, sedangkan jodoh rahsia Ilahi. Entah ada, entah tidak di dunia ini."

Jejaka: "Gulp gulp! Awak, jam pukul berapa? Saya tak pakai jam." (saja nak tengok tangan putih ke tak )

Gadis: "Pakcik driver! SEKARANG PUKUL BERAPA MAMAT NI TANYA?! KENA CAKAP KUAT-KUAT SIKIT DIA NI PEKAK!" ( suara macam petir, sampai jatuh mamat tu dari kerusi bas terkejut )

Jejaka: "Gulp gulp gulp! Awak, awak tahu tak, selepas mengenali awak, baru saya tahu apa itu erti cantik jelita. Sumpah!"

Gadis: "Selepas saya mengenali awak, baru saya tahu dengan jelas erti meluat, miang, poyo, menyampah dan gatal. Sumpah!"

Jejaka: "Gulp 4x! Awak, saya dah fikir betul-betul ni. Saya nampak masa depan saya dengan awak. Betul ni!" ( buat mata kuyu, muka manja )

Gadis: "Masa depan saya terasa gelap seandainya suami saya hilang malunya sebelum bernikah lagi. Saya tak dapat bayangkan hidup dengan lelaki yang tak respek wanita. Nabi s.a.w. kata, kalau dah tak ada malu, buatlah semahumu. Betul ni!"

Jejaka: "Gulp 5x! Ya lah, ya lah. Awak nak yang islamik-islamik kan? Saya sedar diri saya siapa. Bukan lelaki baik. Jauh sekali beriman. Solat pun tinggal-tinggal."

Gadis: "Lelaki tak solat, abah suruh rejek total. Abah cakap abah tak suka penipu poyo acah-acah islamik. Cakap ana-ana, enta-enti, wek wek wek wek nak muntah. Macam cempedak bau sedap, tapi isi berulat."

Jejaka: "Gulp 6x! (menyesal aku tersalah ayat tadi) Awak, berilah saya peluang. Please."
Gadis: "Allah bagi peluang sampai matahari terbit dari barat untuk bertaubat dan jadi lelaki beriman. Please sadar."

Jejaka: "Gulp 7x! Awak satu-satunya perempuan yang berani tolak cinta saya secara terang-terangan walaupun bermacam cara saya lakukan untuk merebut hati awak."

Gadis: "Izinkan saya buat solat hajat berjemaah tolak bala mintak jauh dengan apa cara sekalipun, supaya dijauhkan hati dan diri dari lelaki yang macam seat sebelah ni."

Jejaka: "Gulp 8x! Awak, saya betul-betul dah jatuh cinta dengan awak ni. Awak memang cantik sejak kecil kan? Mesti awak mix abah awak yang hensem dengan mak yang cantik kan, sebab itu anak cun melecun. Kan kan kan?"

Gadis: " ( masukkan jari dalam hidung. korek korek korek ). Cantiknya tahi hidung ni, kan kan kan?" ( sambil tunjukkan ke muka mamat tu. mamat tu sampai pindah seat terkesima )

Jejaka: "Gulp 9x! Awak, sejak hari pertama tengok awak, saya rindukan awak. Siang malam ingat awak."

Gadis: "Allah ciptakan rindu, supaya manusia rindu pada-Nya dulu siang dan malam. Kemudian, Dialah yang pantulkan rasa rindu itu pula ke dalam hati-hati manusia. Seorang lelaki yang merindu Tuhannya, akan ditemukan dengan wanita yang merindu Tuhannya. Jika bukan Allah dan Rasul tempat utama merindu, tentulah rindu itu dipandu nafsu. Saya tak nak rindu yang berbaur nafsu. Lelaki yang merindu wanita terlebih dulu dengan mengetepikan rindu pada Penciptanya, layakkah rindu itu berbalas? Pastinya tidak, tidak dan tidak!"

Jejaka: "Gulp 10x! Awak ingat awak alim sangatlah tu! Solehah sangatlah tu! Dah tahu agama sikit, nak bahan orang, nak sindir orang!"

Gadis: "Hamba yang baik terimanya sebagai muhasabah, manakala manusia separa syaitan menerimanya sebagai sindiran dan sinisan."

Jejaka: "Gulp 11x! Arghhhhhhh! Awak memang dah melampau! Awak pun tak layak jadi isteri yang baik! Menjawab! Menjawab! ( muka tensen dah )"

Gadis: "Lelaki yang baran, maki dan ganas sebelum nikah pada perempuan, pasti panas baran pukul isteri setelah nikah. Better avoid this kind of man."

Jejaka: "Gulp 12x! Luv u still jannah!" ( melutut sambil tersengih-sengih tepi si gadis )

Gadis: "Hate u till Jahannam! MUAHAHAHAHAHA" ( Mengilai astaghfirullah macam pontianak )

Jejaka: "Gulp 13x! Sudah! Sudah! Saya tak dapat lupakan awak! Tak dapat! Tak dapat! ( menggaru-garu kepalanya sampai kusut masai rambut )"

Gadis: "Pelik, tak dapat lupakan saya, tapi dapat pula lupakan Allah dan Rasul. Tak solat, tak baca Al-Quran, tak belajar hadis. Tak ikut Allah dan Rasul. Peliknya. Peliknya. Peliknya."

Jejaka: "Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sajaaa! Tak nak dengar dah tazkiroh! Tak nak! Tak nak! Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini! Tulun tulun!( terlentang atas lantai bas sambil menggaru-garu rambut yang kusut masai. Mulut mula berbuih-buih. )"

Gadis: "Pakcik driver! ADA MAMAT KENA SAWAN GILABABI. TULUN! TULUN!"
Pakcik driver berhentikan bas, humbankan mamat yang menggelupur berbuih mulut keluar dari bas. Biarkan dia menggeletis di kaki lima terbelalak mata. Si gadis menekup mulut, gelak koh koh koh.

Pakcik driver: "Kesian. Muda-muda dah gila."
23:40 0

JANGAN Marah NURSE di Malaysia SEBELUM anda Baca Artikel ini - WAJIB Share!



Memanglah tak semua misi dapat puaskan hati orang ramai. Adalah juga misi yang kapchai, yang marah-marah tanpa alasan kukuh tu. Tapi segelintir saja.
Tak bolehlah sebab segelintir, awak nak rangkumkan semua misi tu keje sambil lewa, makan gaji buta. Mana boleh. Seorang je keluar hingus, awak nak kata semua misi tu hingusan manalah boleh.
Perlu awak tahu,

1. Kerja misi ni penat.
Kalau guru penat mengawal kenakalan pelajar, misi penat melayan dari hujung rambut sampai hujung kaki setiap pesakit. Dari jerawat berdarah awak di dahi, sampai sembayam awak di kaki. Semua mereka cover. Tak ke penat tu?

2. Misi gaji tak banyak.
Ada ke misi gaji sampai RM10 ribu nak bagi layanan first class macam pramugari atas kapal terbang? Lebih kurang gaji orang-orang biasa jugaklah. Dengan gaji normal, awak nak layanan istimewa, wow, abg bikai rasa awak dah salah tempat. Nak istimewa-istimewa, check-inlah hotel 5 bintang yang ada spa tu. Kalau awak nak layanan istimewa, yang boleh dengar bebelan awak, awak gaji saja misi private yang swasta punya. Yang tu boleh datang rumah tolong korekkan hidung awak pun boleh sebab tangan awak dah strok, tapi tolong bayar RM 20 ribu sebulan. Eh, kata nak layanan mantop, bayaran pun mustilah umphh. huhu

3. Orang sakit tu bukan saudara-mara misi. Tapi, saudara-mara awak.
Mungkin ahli keluarga awak, pakcik makcik awak. Jadi, siapa yang lebih afdal jaga? Orang yang ada pertalian darah ke atau para misi? Mak ayah awak cirit, siapa yang lebih diperlukan untuk basuh berak? Awak atau misi-misi? Mak ayah pun nak tangan anak dia, bukan tangan bukan mahram mereka. Mak ayah pun ada malu. Malu aurat mereka orang lain nampak. Awak sebagai anak tak malu ke? Awak je mungkin jenis tak tahu malu marah-marah misi sesuka hati.

4. Ramai orang sakit, melebihi misi.
Limpahan orang sakit. Ada yang kritikal, ada yang biasa-biasa. Ada yang datang nak mengurat saja pening kepala, ada yang datang spital nak dapatkan MC padahal tak sakit pun. Macam-macam ragam. Misi nak utamakan yang kritikal, yang biasa-biasa buat aduan pula tak dapat layanan. Bila misi pergi dekat yang biasa-biasa, yang kritikal pula buat aduan. Bila misi nak buat kerja dengan penuh etika, awak nak mengurat mintak no telipon pula. Bukan awaklah. Maybe suami awak. koh koh koh.

5. Sabar adalah kuncinya.
Memang bila Allah bagi kita ujian, mak ayah sakit, ahli keluarga sakit, Dia akan uji betul-betul. Ingat Allah uji ni main-main ke? Allah nak tengok sejauh mana awak boleh bawa sabar awak tu. Mak ayah sakit, dah nak meroyan marah-marah orang. Awak, spital bukan satu. Klinik swasta pun belambak. Hospital swasta pun belambak. Kalau spital yang awak pergi tu, awak tak puas hati, awak cari saja spital yang ngam dengan perasaan awak. Itu tak kena, ini tak kena, buatlah spital sendiri. Berubat tradisional. Kalau semua benda nak komplen dan tak sabar hadapi, baik awak makan ubat. Awak yang tak sihat sebenarnya.

Semua orang susah. Majoriti rakyat Malaysia orang miskin. Bukan awak saja yang merasai peritnya tade duit. Orang lain pun sama. Stress. Semua orang faham, kalau boleh, nak spital kerajaan, murah dan percuma.

Segelintir misi kapchai pun janganlah lepaskan tensi pada orang. Begitu juga orang yang bawa orang sakit, bertimbang rasalah.

Yang lebih penting, orang sakit tu. Ni kerana gajah-gajah yang tak cukup makan bergaduh, orang sakit yang jadi mangsa.

SUMBER