AJAIB!!
BERITA BAIK!! BUAH DAN SAYUR HEBAT
MAMPU HALANG PENUAAN
Pengambilan buah dan sayur yang banyak mampu menghalang kedutan yg keterlaluan kerana makanan sihat ini dapat merangsang sistem penahanan semulajadi kulit terhadap kerosakan akibat sinaran matahari. Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yang suka makan buah dan sayur dengan kerap jarang mengalami kedutan lebih awal dari usia. Ini adalah kerana sayur dan buah sangat kaya dengan vitamin khususnya vitamin A, C dan E yg mempunyai paras anti oksida yang tinggi dan sangat baik untuk kulit.
PETUA TRADISIONAL : LOBAK MERAH
Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
1. Ambillah sebiji lobak merah.
2. Parut hingga hancur.
3. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
4. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati.
5. Sapukan di tempat yang berkedut itu.
6. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.
7. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
Caranya ialah:
1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
2. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
1. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur.
2. Biarkan selama sepuluh minit.
3. Kemudian bersihkan dengan air.
4. Lakukan begitu seminggu sekali.
5. Anda akan nampak keberkesanannya.
PETUA TRADISIONAL : JAMBUL NANAS
1. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam.
2. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum.
3. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
**Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Nota kaki: sesungguhnya semua keberhasilannya ada dengan izin Allah tau :)
0 comments:
Post a Comment