Searching...
17:24 0

PETUA UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT Dalam 7 Hari!!

AWESOME!
PETUA UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT 
Dalam 7 Hari

Bekas Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik . Janganlah bimbang sangat...OK Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:


1.Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.


2.Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.



3.Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.


4.Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.


5. Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Cara tradisional ni lebih baik daripada kita dok guna produk kosmetik sebab sesetngah produk ni mengandungi bahan yang merbahaya dan ada juga sampai boleh membawa kanser!...OK kengkawan..selamat mencuba.
16:37 0

Berita Baik!! Buah dan Sayur AJAIB Mampu Halang PENUAAN

AJAIB!!
BERITA BAIK!! BUAH DAN SAYUR HEBAT
MAMPU HALANG PENUAAN

Eh ada ke sayur atau buah yang mampu halang penuaan??haa artikel kali ni kita nak kongsi buah dan sayur yang mampu untuk halang penuaan secara semulajadi tanpa gunakan bahan kimia.takyah cucuk sana cucuk sini.perasaan tak nenek atok kita sampai sekarang maintain awet muda je..haa RAHSIA mereka ni banyak gunakan bahan semulajadi dalam kehidupan seharian mereka.


Pengambilan buah dan sayur yang banyak mampu menghalang kedutan yg keterlaluan kerana makanan sihat ini dapat merangsang sistem penahanan semulajadi kulit terhadap kerosakan akibat sinaran matahari.  Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yang suka makan buah dan sayur dengan kerap jarang mengalami kedutan lebih awal dari usia. Ini adalah kerana sayur dan buah sangat kaya dengan vitamin khususnya vitamin A, C dan E yg mempunyai paras anti oksida yang tinggi dan sangat baik untuk kulit.



PETUA TRADISIONAL : LOBAK MERAH

Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
1.    Ambillah sebiji lobak merah.
2.    Parut hingga hancur.
3.    Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
4.    Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati.
5.    Sapukan di tempat yang berkedut itu.
6.    Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.
7.    Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Caranya ialah:
1.    Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
2.    Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
1.    Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur.
2.    Biarkan selama sepuluh minit.
3.    Kemudian bersihkan dengan air.
4.    Lakukan begitu seminggu sekali.
5.    Anda akan nampak keberkesanannya.


PETUA TRADISIONAL : JAMBUL NANAS

1.    Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam.
2.    Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum.
3.    Amalkan meminumnya seminggu sekali.
**Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.

Nota kaki: sesungguhnya semua keberhasilannya ada dengan izin Allah tau :)
21:19 0

14 Lokasi Jerawat Muka Tanda Organ Anda SAKIT!

AWAS!!
14 LOKASI JERAWAT MUKA 
TANDA ORGAN ANDA SAKIT
Jerawat kat muka tu petanda anda ada maslah organ???biar betik!! Alamak jerawat pulak makin banyak kat muka.Arghhhh STRESS.camni ni.Okay girls artikel ni akan terangkan kat uolss setiap lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh beberapa FAKTOR berikut dan cadangan terbaik yang mungkin uolss boleh ambil.jom cekidot..


Nombor 1 dan 2: Sistem Pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

Nombor 3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

Nombor 4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam.

Nombor 6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

Nombor 8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.


Nombor 9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

Nombor 11&12: Hormon – Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air dan tingkatkan sayuran.

Nombor 13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

Nombor 14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Jangan lupa SHARE Laju-laju artikel ni!