Searching...
01:42 0

WAJIB Baca!! 7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

WAJIB Baca!! 7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
  Kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar, Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah. Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan...
06:46 0

Kasut Ayah Dah Berlubang - Kisah SEDIH Yang Pasti Mengalirkan Air Mata

Kasut Ayah Dah Berlubang - Kisah SEDIH Yang Pasti Mengalirkan Air Mata
Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya. Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Anak: "Assalamualaikum..mari adik tlg letakkan kasut ayah di rak.." ( sambil tangan kecilnya memaut lembut tangan...
06:21 0

Kau bila nak kahwin?? - Soalan MAUT Buat Si Bujang

Kau bila nak kahwin?? - Soalan MAUT Buat Si Bujang
"Kau bila nak kahwin?" Pak imam mencuci kolah bersamaku. Aku cuba jawab, "Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je. Redo je lah." Pak imam menjelingku. "Memilih sangat ni." Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah. "Salah ke memilih, Mam?" Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang disentalnya. "Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih....
06:00 0

Kisah SUAMI Penjual Air Kelapa Yang Pasti Buat Anda Tersenyum - WAJIB Baca!

Kisah SUAMI Penjual Air Kelapa Yang Pasti Buat Anda Tersenyum - WAJIB Baca!
Gambar hiasan Seorang menantu ditemuramah mentuanya, "Macam mana kamu boleh terima lelaki macam anak kami ni? Kamu tahu kan, dia tak hensem, badan dia tak tough, tak berapa tinggi, muka tak berapa nak cerah. Bukan belajar agama tinggi pun, asas saja. Cuba cerita." Si menantu pandang kiri kanan. Pastikan suaminya tiada berdekatan. Okay, line clear. Lalu dia pun bersuara, "Suatu hari, anak ma dengan abah datang jumpa saya di luar tempat kerja. Dia kata dia tunggu...
05:40 0

Kisah SENTAP Penemuduga dan GADIS Yang...

Kisah SENTAP Penemuduga dan GADIS Yang...
Gambar Hiasan Penemuduga: "Maaf, pihak kami tak boleh ambil anda bekerja di sini." Gadis: "Dah kenapa? Qualification saya tinggi, pengalaman saya banyak, resume saya cantik. Saya pakai tudung, okay. Ni tadika saja kot. Takkanlah saya tak lepas?" Penemuduga: "Benar. Tapi, syarikat kami ada polisi tersendiri terutamanya pakaian." Gadis: "Nyatakan!" Penemuduga: "(bersabar walaupun gadis naikkan suara) Kami tidak mengutamakan bangsa. Anda Melayu atau tidak, itu...
03:35 0

Awek Dingorat Dalam Bas Universiti - Kisah Ayat2 Cinta Islamik Yang..

Awek Dingorat Dalam Bas Universiti - Kisah Ayat2 Cinta Islamik Yang..
Gambar Hiasan Dalam bas universiti. Gadis berseorangan. Bas berhenti. Naik seorang jejaka. Baru dia perasan, jejaka tempoh hari yang cuba menguratnya. Aduh, dia ni lagi. Jejaka itu datang duduk di seat sebelah. Jejaka: "Assalamualaikum." Gadis: ".............." (jawab dalam hati sudah) Jejaka: "Sombongnya dia." Gadis: "Wanita yang baik, sanggup dilabel sombong pada ajnabi. Layan mesra pada suami. Lelaki  yang suka melabel wanita, tidak sesuai dijadikan...
23:40 0

JANGAN Marah NURSE di Malaysia SEBELUM anda Baca Artikel ini - WAJIB Share!

JANGAN Marah NURSE di Malaysia SEBELUM anda Baca Artikel ini - WAJIB Share!
Memanglah tak semua misi dapat puaskan hati orang ramai. Adalah juga misi yang kapchai, yang marah-marah tanpa alasan kukuh tu. Tapi segelintir saja. Tak bolehlah sebab segelintir, awak nak rangkumkan semua misi tu keje sambil lewa, makan gaji buta. Mana boleh. Seorang je keluar hingus, awak nak kata semua misi tu hingusan manalah boleh. Perlu awak tahu, 1. Kerja misi ni penat. Kalau guru penat mengawal kenakalan pelajar, misi penat melayan dari hujung rambut sampai...
19:51 1

"Awak Tulang RUSUK Saya Bergetar Gila-Gila Nie" - Kisah Cinta Islamik Yang..

Gambar Hiasan


Di hentian bas dalam universiti. Ada gadis tengah menunggu bas. Ada seorang jejaka bukan membernya sedang cuba mengurat.

Jejaka: "Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa, masuk neraka."

Gadis: "Kalau saya masuk neraka, awak berani tak ikut sama?"

Jejaka: "Gulp! Subhanallah cantiknya awak ni."

Gadis: "Lepas solat tak zikir pula, 'Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar', terus cabut doa pun tidak, bagi alasan bid'ah doa berjemaah.

Tapi tapi tapi!

Berani pula sebut Allah mengurat wanita dan puji gambar wanita. Ibarat nak hisap rokok baca bismillah dulu."

Jejaka: "Gulp gulp! Cantik pakaian awak ni, dari tudung sampai ke kasut matching. Pandai awak bergaya."

Gadis: "Ustaz kata, lelaki beriman itu jaga pandangan. Bukan memandang atas sampai ke bawah bertubi-tubi."

Jejaka: "Gulp gulp gulp! Suara awak sedaplah."



Gadis: "Wahahahahhahahahahahhahahahahhahahahah" ( mengilai macam org gila, kucing pun lari sambil menutup telinga, kura-kura sampai pinjam beskal dgn jiran utk speed up dari tempat kejadian )

Jejaka: "Gulp gulp gulp gulp (menakutkan betul awek ketawa camni)! Awak, jadikan malamku lebih indah, siangku lebih terang pls. Saya berkenanlah dengan awak."

Gadis: "Malam tahajjud. Siang baca Quran. Berkenalanlah dengan Allah di malam hari, bertaaruf (baca buku dan sirah Nabi) dengan Rasululllah di siang hari."

Jejaka:"Gulp 5x!" Awak ni kan menjawab! Menjawab! Tensyen saya!"

Gadis: "Sabar itu iman. Orang yang tewas di dunia ini adalah yang gagal menahan amarah."

Jejaka: "Gulp 6x! I love you!"

Gadis: "Andai lafaz cinta diluah semudah itu, pasti hati itu jua mudah beralih arah sepantas itu."

Jejaka: "Gulp 7x! Awak, tulang rusuk saya bergetar gila-gila ni."

Gadis: "Tanda azab kuburlah tu. Tulang rusuk bakal diapit sampai berselisih dalam tu."

Jejaka: "Gulp 8x! Oh kiranya awak nak cara yang islamiklah ni!"

Gadis: "La, baru terasa orang Islam ke? Tadi orang kapir ke org munafik?"

Jejaka: "Gulp 9x! Awak ni lancang betul mulut. Awak tahu tak, kalau awak terus menjawab macam ni, orang lain dah tampar or bawa lari awak kena rogol baru tau!"

Gadis: "Allah Maha Melihat apa yang anda lakukan. Segala kezaliman yang dilakukan hari ini demi nafsu, tak ada satu pun yang tidak akan dibalas kembali. Saya doakan orang yang menzalimi saya sedemikian rupa mati digilis lori."

Jejaka: "Gulp 10x! Ala, awak kalau betul Islamik, awak takkan layan saya mengurat."

Gadis: "Janganlah tersalah antara menjawab dan melayan. Jangan tertukar antara timun cina dan timun batang."

Jejaka: "Gulp 11x! Oklah, bagi saya no.telefon abah awak, saya nak masuk meminang."

Gadis: "Seorang yang matang, tidak akan membuat keputusan dengan terburu-buru hanya dengan berlandaskan penilaian rupa luaran seseorang semata-mata. Terburu-buru itu sifat syaitan yang dibenci Nabi s.a.w."

Jejaka: "Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena, ini tak kena! Saya nak awak, nak awak, nak awak gak!" ( menggelupur di lantai kaki lima macam nak sawan sebab terlalu stress )

Bas datang, gadis itu cepat-cepat naik bas. Membiarkan saja lelaki itu berbuih-buih mulut seorang diri terbaring di hentian bas. Gadis itu gelak sendiri, koh koh koh.

23:08 0

"Abang Janji Nak Bawa Awak Pergi TURKI" - Kisah SEDIH yang Pasti Mengalirkan Air Mata

KISAH SEDIH YANG PASTI 
MENGALIRKAN AIR MATA SESIAPA SAHAJA


Di suatu kampung, seorang gadis telah memilih seorang lelaki biasa yang kerja kampung sebagai suaminya.

Suatu hari, mereka telah menonton tv. Ada rancangan travelog di Turki. Si isteri teruja dengan keindahan panorama di sana. Suaminya pun berkata,
"Abang nak bawa awak jalan-jalan di Turki."

Isterinya membulatkan mata, tersenyum gembira,
"Yeay!"
Hingga akhir tahun itu, suaminya tak bawa pun isterinya ke sana.
Di usia mereka 30-an, sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya,

"Abang janji, tahun ni nak bawa awak jalan-jalan di Turki."
Isterinya senyum gembira dan menganggukkan kepalanya.

Namun, hingga awal umur mereka 40-an, suaminya tak tunaikan janjinya.
Di usia mereka meningkat 50, sekali lagi suaminya berkata kepada si isteri tersayang,
"Abang rasa, abang nak bawa awak jalan-jalan di Turki hujung tahun ni."
Isterinya senyum gembira dan mengangguk setuju.

Namun, hingga hingga lewat usia mereka 50-an, kata-kata suaminya itu hanya tinggal kata-kata.
Suatu hari, suaminya jatuh sakit. Sakitnya melarat hingga doktor mengesahkan hanya menunggu detik dan ketika saja.

Isterinya setia duduk di sebelah suaminya di hospital. Suaminya bersuara lemah,
"Abang minta maaf. Tak dapat bawa awak ke Turki. Tapi, kenapa selama ini dan sampai hari ini, awak tak pernah bangkit, ungkit atau marah tentang hal tu?"
Isterinya mencapai tangan suami tercinta.

"Abang, bila abang cakap nak bawa saya ke Turki, kata-kata abang tu dah pun bawa jiwa saya seolah-olah berada di sana dengan abang. Dah cukup sekadar membayangkan. Sudah cukup membahagiakan. Walaupun hanya angan-angan, tapi bagi saya cukuplah sekadar impian. Yang lebih penting, Allah dah bagi pada saya cukup bahagia. 

Allah bagi suami yang membanting tulang empat kerat sehari-hari untuk menjaga saya dan anak-anak. Allah bagi suami untuk saya letakkan kepala di bahunya saat saya sedih, saat saya menangis. Adakah tidak cukup lagi semua ini?

Panorama dalam rumah kecil kita, lebih indah dan membahagiakan. Nak indah lagi, tunggu saja kita berjumpa kembali di Syurga sana. Lebih indah dari Turki. Perbelanjaan ke sana mesti mahal. Tapi, perbelanjaan ke Syurga lagi mahal. Jualkan dunia ini dengan isinya pun tak mampu untuk membeli tiket ke Syurga. Tiket itu ada pada reda abang pada isterinya ini."


Suaminya menitiskan air mata mendengar kata-kata isteri. Tak lama kemudian, suaminya itu meninggal dunia. Setelah selesai dikebumi, isterinya mengemas barang-barang peninggalan suaminya.

Ketika mengemas, terjumpa sebuah buku tentang Turki. Di dalamnya ada sekeping tiket untuknya. Di sebelah tiket, ada nota kecil.

"Maafkan abang, duit abang hanya cukup untuk beli sekeping tiket."
Isterinya menitiskan air mata. Apa guna ke sana lagi, andai hati ini telah dibawa pergi bersama arwah suami.

SUMBER
22:01 0

Sebab UTAMA Topi Keledar MS88 DiHARAMKAN Dijawab JPJ

Sebab UTAMA Topi Keledar MS88 DiHARAMKAN Dijawab JPJ
APA SALAH HELMET MS88?? Menerusi laman sosial FB rasmi jabatan pengangkutan jalan Malaysia,mereka menjawab persoalan yang timbul HANGAT sebelum ini tentang rasa keluh penunggang bahawa JPJ mengharamkan topi keledar MS88.rata-rata penunggang banyak menggunakan topi keledar jenis MS88.Namun ini penjelasan JPJ berkaitan isu ini. Topi Keledar MS88 keluaran syarikat Kenwira adalah mematuhi MS1:2006 bagi topi keledar keselamatan motorsikal. Ianya secara automatik layak digunakan...
21:22 0

Petua OSEM Hilangkan Demam Kuning Bayi

Petua OSEM Hilangkan Demam Kuning Bayi
OSEM!! PETUA HILANGKAN DEMAM KUNING BAYI Jaundice adalah perkataan yang berasal dari Perancis ‘jaune yang bermaksud ‘kuning’. Warna kulit bayi akan kekuningan disebabkan kandungan billirubin yang tinggi. Billirubin adalah partikel yang terhasil daripada sel darah merah manusia yang telah terurai (kerana mati). Billirubin merupakan partikel tidak larut air dan ia akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi partikel larut air.  Billirubin akan disingkirkan oleh...
20:27 0

10 TIPS OSEM Hilangkan KAHAK Bayi - WAJIB Share!

10 TIPS OSEM Hilangkan KAHAK Bayi - WAJIB Share!
OSEM TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI 1) Air kelapa Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis. 2) Madu Guna madu asli. Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air Kalau baby, madu + air Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa 3) Teknik tepuk @ percussion 4) Gas nebulizer Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); 5) Rawatan makanan...
19:21 0

Kisah BENAR Ayah,Anak Gadis dan PURDAH yang pasti menginsafkan Sesiapa yang Membacanya - WAJIB SHARE!

Kisah BENAR Ayah,Anak Gadis dan PURDAH yang pasti menginsafkan Sesiapa yang Membacanya - WAJIB SHARE!
KISAH BENAR YANG PASTI MENGINSAFKAN KITA!! Gambar hiasan "Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!" Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara. "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?" Anaknya menggelengkan kepala. "Sudah cukup asas yang wajibnya....